NOMBOR plat kenderaan TAY 1 yang dikeluarkan di Terengganu dibeli dengan harga RM220,000 mengatasi harga plat TAN 1 sebelum ini yang bernilai RM200,090.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Encik Abdul Rahman Emang Anyie, berkata harga tersebut diperolehi setelah enam pembeli membuat bidaan sejak tender dibuka dari 2 hingga 22 Februari lalu.
"Harga paling tinggi yang kita terima ialah bagi TAY 1 iaitu RM220,000 diikuti TAY 8 sebanyak RM62,000", katanya di Kuala Terengganu baru-baru ini.
Menurutnya, sepanjang tempoh tender, JPJ Terengganu menerima 1,119 bidaan daripada 534 pembida yang ingin mendapatkan nombor pendaftaran di bawah siri TAY.
0 comments:
Post a Comment