
|
Stapa Omar (tengah) dan Sarinah Hashim (enam dari kiri) bersama Peserta Cemerlang Skuad G4P di Pusat Perniagaan Senawang, Rasah, baru-baru ini. |
Tarikh :30 April 2010
RASAH 30 April - Seramai 25 orang usahawan wanita syarikat jualan langsung, De Classic Life (M) Sdn. Bhd. (DCL) di negeri ini menerima anugerah di atas kecemerlangan mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) syarikat. Anugerah disampaikan pada Majlis Penganugerahan Peserta Cemerlang Skuad G4P di Pusat Perniagaan Senawang dekat sini baru-baru ini.
Penyelaras Pusat Perniagaan Senawang, Sarinah Hashim berkata, kejayaan usahawan tersebut hasil kegigihan mereka dalam perniagaan itu.
''Saya mengucapkan tahniah kepada yang berjaya dan ini membuktikan mereka tidak mempunyai alasan kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
''Diharapkan ramai usahawan wanita dapat dilahirkan dan hal ini dapat menaikkan taraf ekonomi keluarga mereka," katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengasas DCL, Datuk Stapa Omar.
Kata Sarinah lagi, pihaknya akan mengadakan pelbagai aktiviti bagi meningkatkan keyakinan dan memantapkan pengetahuan dan kemahiran wanita dalam perniagaan.
''Pelbagai aktiviti akan dirancang seperti kursus motivasi kepada ahli, mentor, kursus asas perniagaan dan banyak lagi," ujarnya.
Salah seorang penerima anugerah yang mahu dikenali sebagai Farah berkata, bimbingan dan keazaman yang tinggi merupakan asas kejayaannya dalam mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak syarikat.
''Perniagaan ini memberi peluang kepada saya meningkatkan ekonomi keluarga. Tanpa dorongan keluarga dan jurulatih, mustahil saya akan berjaya," ujarnya.
Sumber : Utusan Malaysia Online
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0501&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm
0 comments:
Post a Comment