Kali ni,saya nak berkongsi cara macam mana supaya bila kita tanggalkan sticker road tax di cermin kereta kita, ia tidak akan meninggalkan sebarang kesan gam yang tidak elok pada cermin dan pada pandangan mata juga la kan.
Caranya senang sahaja,sapukan dulu 'minyak baby oil' di sekeliling sticker road tax sebelum menanggalkannya.
Lepas itu,tanggalkan sticker tu perlahan-lahan.
Sekiranya ada bahagian yang agak susah untuk ditanggalkan gamnya,sapukan sedikit baby oil pada bahagian tersebut dan tarik perlahan-lahan sehingga semua bahagian sticker dapat ditanggalkan sepenuhnya.
Jika masih terdapat kesan gam pada cermin,sapukan lagi baby oil pada kesan gam tersebut dan biarkan beberapa minit.
Lapkan dengan kain bersih.
Siap.
Sangat berkesan!
0 comments:
Post a Comment